Tuesday, June 25, 2013

Assalamualaikum... mungkin ini coretanku yang terakhir untuk kali ni... coretan tentang kenangan aku dengan dia... jemu baca? jangan lah baca.. tak paksa ^__^v ..coretan ni aku buat sebab aku nak abadikan segala kenangan kami... dia tak sama macam kawan laki aku yang lain.. dia istimewa bagi aku sebab dia TTM aku... sayang aku pada dia, tak sama macam sayang aku pada kawan laki yang lain.. dia berbeza.. :')

Semalam (14 JUN 2013) , kami luangkan masa buat kesekian kalinya.. makan sama-sama... tapi yang paling suwitt , kami berkongsi makanan... orang pandang.. pandanglah.. tak luak pun.. suwit apa.. ngeh ngeh ngeh... :} .. makan makan makan.. sampai habis.. dia paksa jugak aku makan... sebab apa.. dia kata dia tak nak aku lapar.. nanti aku sakit.. kan... memang betul pun.. tengok, dia terlalu caring.. mana aku tak sayang... :') an memang macam tu,.. <3

Dan yang sedihnya, dia buat pesanan untuk aku.. pesanan yang paling aku tak nak dengar... tapi terpaksa aku buka kan telinga, pejamkan mata, sabarkan hati.. sedih.. sayu... semua ada.. sampaikan air mata ni menitis lagi .. depan dia.. ALLAH.. sakitnya hati aku bila air mata tu keluar... sesakit hati aku nak lepaskan semua ni... :'( .. pilunya hati ALLAH je yang tahu... setiap pesanan dia, aku akan ingat sampai bila-bila.. pesanan MR. TTM kepada MRS. TTM dia.. :') 

--> duduk sana kena cari kawan.sorang pun tak apa. janji ada kawan yang boleh temankan ain.. 
--> makan jangan lupa.kena makan walaupun sedikit.nanti sakit.an jauh, tak boleh nak jaga ain dah.
--> jangan jalan sorang-sorang masa duduk kat sana. jaga diri.
--> jangan lost contact dengan an.ada apa-apa, bagitahu an.jangan rahsia.
--> kalau sakit, kena makan ubat. jangan biarkan je.
--> mesej an, contact an, skype an kalau ain rindu. untuk ttm an, semua boleh.
--> ingat, AN SELALU ADA UNTUK AIN ...*ayat yang paling aku suka dengar.. selalu mengundang air mata aku.. :'(
--> KITA JAUH TAPI HATI KITA DEKAT :')
--> JANJI JANGAN CARI TTM LAIN :'D

Aku akan ingat semua pesan dia.. :'( aku kat sana dah tak ada orang nak tengok, nak tolong jagakan.. kena pandai berdikari sendiri.. >_<''


Tadi (15 JUN 2013) , jumpa untuk kali terakhir sebelum aku pergi.. dia rela temankan aku makan... sebenarnya, tak puas lagi nak jumpa dia.. nak tatap muka dia.. nak tengok dia cakap.. macam-macam pesanan dia.. tak sanggup aku nak dengar.. sedih T__T ...sayang dia sangat-sangat... dia yang selalu memujuk.. dia yang selalu membuatku ketawa.. dia yang terlalu caring.. dia yang terlalu penyayang.. dia yang memahamiku.. dia yang tak jemu-jemu melayan kerenahku yang entah apa-apa.. :'D

Terima kasih untuk kesekian kalinya.. untuk kasih sayang yang diberikan.. untuk perhatian dan tumpuan yang dicurahkan.. dan untuk kenangan yang tidak mampu dilupakan.. terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menerima kehadiran ain dalam hidup an.. sudi menjadikan ain MRS.TTM an.. sayang dia kerana ALLAH :')

Ya ALLAH.. jagakan dia.. sejahterakan hidupnya.. hidup insan yang sangat aku sayang.. sebagaimana sayangku terhadap sahabat seperjuangan yang lain.. tanpa mereka, aku lemah.. tanpa mereka, siapalah aku.. dan kerana mereka, aku bangkit untuk membuktikan bahawa aku juga mampu berdiri di atas tapak kakiku sendiri.. belajar berdikari.. ^__^ .. aamiinn ya rabb .. :') sehingga berjumpa lagi ... sayang semua.. <3

No comments:

Post a Comment